Tuesday, January 1, 2008

POST MORTEM PERJUMPAAN 081207

‘POST MORTEM’ MAJLIS PERJUMPAAN WARIS KELUARGA HJ MOHAMMAD NOOR B ABDULLAH PADA 08/12/2007 DIDEWAN PULAPOL, JLN SEMARAK, KUALA LUMPUR

“Post Mortem” ini dibuat supaya waris keluarga rembaupilah dapat menganalisa sendiri kebaikan dan keberkesanan majlis tersebut. Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa majlis disamping maklumat yang diterima dari waris keluarga semua.

1. Waris Keluarga Mula Mengenal Erti Saudara

Sebelum majlis diadakan, ramai saudara-mara waris keluarga tidak mengenal waris keluarga satu rumpun cucu cicit Allahyarham Hj Mohammad Noor b Abdullah. Mereka cuma dengar daripada waris tua seperti berikut:-

“Ekau ado ramai sodaro ekau diPilah” (maklumat dpd waris Rembau) dan begitu juga “Ekau ado ramai sodaro ekau diRembau” (maklumat dpd waris Pilah). Penghujungnya ‘noptah’/full stop. Tiada inisiatif oleh kedua pihak waris muda untuk mengenal atau mencari diantara satu sama lain. Melalui majlis perjumpaan inilah baru mereka mengenal sedikit mereka memiliki ramai sadoro-maro. Maksud sedikit disini ialah mengenal secara jauh dan nampak rupa masing-masing. Tetapi ramai semasa majlis tersebut masih segan silu untuk mengenal diri keluarga masing-masing secara dekat. Sebenarnya sesi sebelah petang adalah program mengenal secara dekat. Tetapi tidak dapat diteruskan kerana ramai yang telah beransur balik kerana letih.

Yang paling sedihnya ialah mereka satu rumpun pilah sama pilah atau rembau sama rembau pun tidak mengenal diantara satu sama lain sehingga hari majlis tersebut. Saya yang pakai tanda nama (name tag) warna hijau (Rembau) melalui nama moyang Jelimah telah berjumpa yang pakai name tag yang sama mulo tercogang diantara satu samo lain dengan pertanyaan kau/you ni sapa, macamana hubungan ? Tetapi pernah berjumpa semaso khenduri kahwin atau majlis seminar yang dianjurkan oleh badan lain.

APA KAH SILAP DAN SALAHNYA BERLAKU DEMIKIAN. PERLUKAH KITA
BERJUMPA SEKALI SAHAJA ATAU DIANJURKAN SETIAP TAHUN MELALUI HARI
KELUARGA ?

2. PERISTIWA SEBAK DAN MEMILUKAN HATI

Pn Zaleha bt Sharip (waris Rembau) lahir dan berasal daripada Jitra, Kedah. Semasa saya dan
isteri saya diperkenalkan oleh Tok Ngah Nordin Hj Daud (cucu Hj Mohd Noor) (waris Rembau) 4 tahun dahulu, Mak Cik Zaleha (pangkat mak saudara bagi saya) dan kakaknya Pn Zainab bt Sharip (Mak Lung Zainab bagi saya) telah menyatakan demikian:-

“Setahu saya (loghat Kedah), saya ta’ da keluarga lain selain daripada Mak Lung Esah (uwan Esah Tampin), ayah saya Sharip dan Pak Ngah saya Nordin diJitra. Mana ada keluarga lain kerana ayah saya (Tok Sharip bagi saya) tidak pernah menceritakan dan selama lebih kurang 40 tahun saya hidup itulah saudara adik beradek saya sebelah ayah yang saya tahu. Saya merasa sebak apabila mak cik berkata demikian dan saya kata ada. Walau pun saya tunjukkan pelan salsilah lama, mak cik leha masih tidak percaya walau pun disahkan oleh Tok Ngah Nordin.

Satu minggu sebelum majlis saya telah menghubungi adik-adiknya Mohd Noh b Sharip
(Trengganu) dan Rashid b Sharip (Melaka). Mereka mohon maaf tidak dapat hadir kerana urusan kerja dan kedua mereka bertanya kepada saya “saya masih tidak percaya hubungan adik beradik ni dan salahsilah hubungkaitnya” Saya jawab sila hadir dihari majlis. Mohd Noh mohon maaf tidak dapat hadir tetapi telah membayar RM50.00 sebagai sumbangannya.

Berdasarkan kepada peristiwa tersebut telah menguatkan azam kami AJK untuk meneruskan
Majlis walau pun terdapat kekurangan kewangan.

Satu minggu sebelum majlis saya dan isteri saya Ashah (Bendahari) telah bergegas kerumah Tok Ngah Nordin diJitra dan mengajak Tok Ngah kerumah mak cik leha yang tidak jauh daripada rumah tok ngah. Tujuan kami ialah memujuk mak cik zaleha sekeluarga untuk hadir kemajlis.

Alhamdullillah setelah memujuknya, mak cik leha bersetuju hadir bersama suaminya Pak cik Mat Kasa dengan syarat Tok Ngah Nordin bersetuju pergi bersama naik bas ekspres keKL satu hari sebelum majlis dan membayar melalui Public Bank. Kedudukan mak cik leha dan suami pak mat bekerja kampong dan berpendapatan sederhana. (Ambil iktibar semua waris keluarga, mak cik leha dan suami yang berpendapatan sederhana boleh hadir dan memenuhi syarat membayar melalui bank sebelum tarikh 30/11/2007 dan walau pun jauh diUtara sanggup hadir dengan
menaiki bas kerana tidak memiliki kenderaan). Tok Ngah Nordin juga membayar melalui bank
dan membayar sebelum 30/11/2007 dan datang dengan bas walau pun anak cucu memiliki
kenderaan.

Mereka semua sampai pada 07/12/07 dan pada malamnya lebih kurang jam 1.00 pagi mereka terus kedewan Pengaman untuk melihat persiapan berjumpa dengan AJK Nong Razif , Zali dan Dr Zahar yang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir. Kepada mereka semua saya ucapkan tahniah dan syabas.

Padi pagi majlis, saya telah mengenalkan bonda saya Che Yah kepad mak cik leha dan mereka
bersalam berpelukan serta seterusnya saya telah mengenalkan saudara mara lain. Mak cik leha
tidak dapat menahan sebak sepanjang majlis dan barulah dia tahu yang dia memiliki ramai
sauadara mara sepupu dan amat bergembira dan seronok tetapi tidak puas kerana masa satu hari pendek sangat.

Sebenarnya ramai lagi maklumat yang saya terima yang bersetuasi demikian daripada waris
Rembaupilah.

3. INSIDEN DIMASA MAJLIS

Pada sebelah petang, satu insiden lagi berlaku pada diri saya. Seorang keluarga bernama Harun
telah berjumpa saya diparking kereta dan mengucapkan terima kasih kerana hendak beredar balik. Setelah En Harun beredar sebelum menaiki kenderaan Pak Tih Satar telah menahan En Harun dan memanggil saya sekali. ‘Din kau kona tak tu sapo”? ese cakap tak kona. Hah inilah dia anak tok Sharip Hj Daud (Jitra) dengan isterinya pertama diSimpang Kuala,Kedah. Saya mengucap “Astagafirrullah al-azim, alhamdullillah” dan saya terus memeluknya (Harun) dan memohon maaf dan memanggilnya Pak Harun kerana ikut pangkat adalah Pak saudara. (Tok Sharip Hj Daud memiliki tiga (3) isteri, Isteri 1- Simpang Kuala –anak-anaknya 1.Kalsum 2.Harun. Isteri 2 – Langkawi- anak-anaknya 1.Zainab termasuk mak cik Zaleha (sila rujuk salasilah program majlis) dan Isteri 3- Pahang- anak-anaknya belum dapat dikesan tetapi boleh dikesan memalui mak cik leha dan maklung Zainab (Jitra).

Setelah itu Pak Harun mengenalkan kakaknya Kalsum yang pakai tongkat besi kerana sakit. Saya salam dan mencium tangan Mak Lung Sum (pangkat mak saudara). Saya bertanya Mak Lung dan Pak Harun bila sampai. Mereka kata kelmarin dan duduk dirumah anaknya (yang berjubah tabliq-nama tak ingat). Mak lung memberitahu “saya ini sakit, uzur dan tak larat tetapi kerana nak mengenal adik beradik terpaksa menguatkan diri datang jugak…walau pun jemputan khenduri lain banyak saya ‘kansel’ , maklumlah cuti sekolah…”(loghat Kedah).

Saya mula merasa sebak dan menitiskan air mata setelah melihat keadaan mak lung Kalsum yang uzur dan sanggup datang dari jauh. (Ambil iktibar, bagi waris keluarga yang sihat dan berkemampuan diKL serta tidak dapat hadir). Bila saya mengenalkan rumah saya diSungai Petani, Mak Lung Kalsum pula menitiskan air mata kerana tidak tahu anak saudaranya (S/Usaha majlis) satu tempat diKedah tetapi tidak tahu.

4. INSIDEN DIMASA PENDAFTARAN

Menurut Bendahari majlis, terdapat sekumpulan keluarga lebih kurang lapan (8) orang anak beranak sekeluarga telah berjumpa Bendahari dan menyatakan demikian “Saya ini ada ramai keluarga (menunjukkan anak-anaknya), saya ini kurang berkemampuan tetapi hendak juga
hadir majlis kerana hendak mengenal saudara mara. Saya hanya mampu RM20.00 sahaja.” Bendahari menjawab “tak mengapa masuklah yang penting komitmen saudara untuk hadir”.
Apabila masuk kadewan, nampak anak-anaknya yang kecil melompat kegirangan kerana ada yang mereka kenal. Bendahari merasa sebak kerana majlis ini suasananya lain sedikit dan tidak disamakan seperti majlis khenduri.

5 INSIDEN BERSAMA AJK

Seorang ahli AJK (Rembau) (tidak perlu sebut nama) telah kelam kabut berjumpa saya dengan
Zali dan dengan nada marah “Apo ni, pinggan tak cukup dan nasi tak cukup”. Zali memanggil dia ketepi dan berbisik ketelinganya demikian “ kau ni AJK kan. Tolong jangan salahkan ‘caterer’
atau AJK atas benda yang tak cukup tersebut. Salahnya ramai kalangan keluarga tidak mahu
mengikut syarat untuk bayar penyertaan sebelum 30/11/2007 untuk mendapatkan ‘headcount’ untuk tempahan makanan dll. Ramai waris yang hendak bayar masa hari majlis macam nak beli tikit wayang atau fun fair. AJK pun dah maklum melalui surat pekeliling terakhir perkara demikian akan berlaku dan kita telah mohon maaf dahulu kalau makanan tak cukup dan kita masih menerima mereka hadir.”

Saya meredakan kedua AJK jangan bising-bising. Menurut anggaran AJK ialah 400 pax akan
hadir. Apabila masa pendaftaran dijangka ditutup pada jam 10.00 pagi telah terlajak hingga jam
1.00 petang, Bendahari telah berbincang dengan Pengerusi dan Bendahari mohon kebenaran untuk menambah bajet makan lagi 50 pax. Tetapi berlaku perkara diluar jangkaan, sambutan yang hadir melebihi 600 pax dan ada yang tak berbayar dan hendak bayar pula meja pendaftaran telah ditutup. Sebab-sebab di-tutup ialah pegawai-pegawai pendaftaran kita (anak-anak Abu Shuib Ayob-Pilah dan anak-anak Kamaruddin- Rembau tidak dapat makan tengahari). Kami terpaksa suruh anak-anak tahan perut minum teh/kopi petang dan membawa mereka makan diuar selepas majlis.

Bagi AJK ramai yang tidak dapat makan tidak ada komplain kerana mereka semua seronok majlis perjumpaan berjaya dianjurkan.

5. INSIDEN SELEPAS MAJLIS

Selepas majlis, berlokasi diparking lot kereta, saya telah didatangi ramai waris-waris muda rembaupilah dan bertanyakan berikut “Bang kami tak puaslah jumpa adik beradik, kalau boleh kita buatlah dua hari satu malam dihotel”. Saya menjawab secara berlawak “ Nak bayar RM25 pun ramai yang tergeliat macam mana nak buat dihotel” mereka menjawab “No problem bang, kita rancanglah 10 atau 11 bulan dari sekarang dan kalau satu kepala RM150 dibahagi 11 bulan setiap bulan kami akan simpan RM14, no problem bang.” Saya menjawab “OK nanti kita bawa mesyuarat AJK dan kalau boleh tolong dapatkan quotation kos majlis dihotel tersebut”. Mereka menjawab “no sweat and no problem”. Mereka mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dan bertengkus lumus menganjurkan majlis.

Setelah beredar saya terfikir dalam hati. Mereka waris muda ini telah menunjukkan minat untuk mengenal saudara mara mereka dengan lebih dekat. Sekiranya dibiarkan akan terjadilah apa yang telah terjadi sekarang. Saya telah minta pendapat AJK dan waris untuk mengadakan dua hari satu malam dihotel yang mana kosnya akan lebih tinggi. Tetapi semua memberi komen yang positif kepada cadangan tersebut.

Mereka juga sepakat untuk menggunakan laman web rumpun rembaupilah Dr Zahar untuk perhubungan dan komen.

Nampak gayonya AJK tak boleh rehatlah ni.

SEKIAN, WASSALAM.


Kamaruddin Mohamad
Setiausaha Majlis Keluarga.

No comments: