FORUM KELUARGA

Thursday, September 3, 2009

ANAK ANAK YATIM PIATU

Oleh Munir

Malam tadi, waktu orang rumah saya tengah dok kira Fidyah dia dan anak-anak pompuan saya serta zakat pendapatan tunggakan gaji yg diterimanya baru-baru ini, dia ada sebut nak pi bagi kat salah seorang anak murid dia yg kini sedang menuntut di Politeknik. Orang rumah saya kata anak murid dia ni anak orang susah.

Saya tanyalah susah tara mana?
Taklah susah mana, ayah dia kerja tapi tak berapa cukup.
Abang dia ada dak?
Ada, kerja, tapi lepas untuk dia sajalah.

Saya kata, macam itu belum tentu jatuh tahap fakir dan miskin lagi itu; risau kot-kot kalau tak termasuk kategori yang layak menerimanya. Kemudian saya teringat cerita seorang sahabat di Surau sewaktu menunggu solat terawih selepas Isyak tadi, sahabat saya ini ada cerita kisah 5 beradik yatim piatu tak berapa jauh dari rumah saya, yg kini dibela oleh ibu dan bapa-bapa saudara mereka. Saya merasakan mereka lebih layak menerimanya.

Lalu, hari ini sempena cuti merdeka 31 Ogos, saya telepon sahabat saya tu minta tolong tunjuk jalan pi ke sana, sebuah rumah di tengah-tengah kepulauan bendang Paya Ketiau, Padang Serai, Kedah.

Memang betoi cerita dia; depa ini 5 beradik:

1. Mohd Shafik (Tingkatan 2)

2. Nur Atikah (Darjah 6)

3. Nur Atirah (Darjah 4)

4. Nor azian (6 tahun)

5. Nur Amirah (2 tahun)

Ibu mereka meninggal kira-kira 2 tahun yang lalu, iaitu 12 hari selepas melahirkan Nur Amirah. Sejak itu Nur Amirah dibela oleh ibu saudara mereka, Puan Jasmi Bt Mat Isa, yang lebih mesra dengan panggilan Kak Mek.

Lebih kurang setahun yang lalu, ayah mereka berkahwin lain; lalu mereka pun mendapat Ibu Tiri berusia awal 30an. Suratan takdir kemudiannya, lebih kurang sebulan yang lalu ayah mereka pula pergi mengadap Illahi, diserang jantung di ladang sawit tempat kerjanya; lalu tinggallah mereka semua yatim piatu.

Mengikut Kak Mek, Nur Amirah tinggal bersama beliau, 3 orang lagi tinggal dengan dua orang bapa saudara mereka di Taman berdekatan, dan seorang lagi, Nur Atirah tinggal dengan ibu Tirinya. Setiap hari jumaat cuti sekolah mereka akan balik ke rumah pusaka ayah mereka itu kerana mereka 5 beradik kalau boleh tidak mahu berpisah, hendak terus kekal bersama.

Ada pun mengenai Ibu Tiri mereka, mengikut Kak Mek Ibu Tiri mereka ini bukan asal orang situ, sebelum berkahwin dengan ayah budak-budak ini, sudah pun punyai anak-anak dalam perkahwinan yang sebelumnya. Ibu Tirinya ini mungkin tidak lama di sini. Maka, baru-baru ini dalam mesyuarat keluarga yang dihadiri oleh semua pihak termasuk Ibu Tiri mereka ini, anak-anak itu sedang dalam perbincangan untuk langkah-langkah selanjutnya.

Memang sedih mengenangkan nasib budak-budak ini, apa pun terjadi tidak mahu berpisah, mahu kekal bersama; mungkin kerana itulah kot dalam Al-Quran, Allah banyak menekankan tentang peri pentingnya ahli masyarakat mengambil berat terhadap nasib anak-anak yatim apatah lagi yatim piatu seperti mereka 5 beradik ini. Berat mata kita memandang, rasanya lebih berat lagi bahu mereka dan bahu Kak Mek bersaudara memikulnya; kita doakan moga Kak Mek dan Abang serta Adik lelakinya itu tabah untuk membesarkan mereka.

Sebetulnya, saya tengok Kak Mek pun bukan senang tara mana, silap-silap termasuk dlm kategori orang susah jugak, ada anak-anak kecik 4 orang dan suami hanyalah seorang drebar lori dan Kak Mek sendiri memang tak kerja. Bapa-bapa saudara mereka kerja kerajaan.

Waktu kami ke sana, cuma si Nur Amirah (2 tahun) itu saja yang ada, yang lain seperti yang dicerita ada di rumah bapa-bapa saudara atau pun keluar jalan ke mana-mana; tak sempat saya nak ambik gambar depa semua, cuma ada gambar comel Nur Amirah ini saja buat renungan.

Lihatlah wajah innocent ini, lahir ke dunia belum mengerti apa-apa, kedua ibu dan ayah sudah pun tiada; bukan bermakna Allah itu kejam tapi itulah yang dinamakan takdir kehidupan. Setiap orang punya jalan takdirnya yang tersendiri, hari ini kita mungkin masih ada ibu dan ayah, tahun depan mungkin semuanya sudah tiada.

Allah jadikan anak-anak yatim piatu seperti Nur Amirah dan abang serta kakak-kakaknya itu bukan setakat sebagai Ujian buat mereka dan juga Kak Mek bersaudara, tapi Allah juga nak Uji kita, nak tengok sama ada kita ini nak ambik berat pasal anak-anak yatim apa pun tidak; dan Allah jadikan juga insan-insan seperti mereka sebab Allah nak bagi peluang untuk kita raih pahala kalau kita nak.

Sebetulnya, saya bukan Ustaz, mengaji pun sekular, jadi tak pandai sangat nak sembang bab-bab agama ini, cumanya waktu dok ajar anak-anak ngaji Quran dan Mukaddam kat rumah, selalulah jugak dok jumpa dlm Quran terjemahan itu bab anak-anak yatim ini.

Antaranya:

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad); apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah?). Katakanlah: Apa jua hartabenda (yg halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan org-org yang terlantar dalam perjalanan" - Al-Baqarah ayat 215.

"Dan, mereka bertanya lagi kepadamu mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itulah saudara-saudara kamu (yang seugama)" - Al-Baqarah ayat 220.

Sedar tak sedar, rupa-rupanya kalau mengikut surah Al-Baqarah ayat 220 ini, anak-anak yatim piatu 5 beradik ini - Nur Amirah, Nor Azian, Nur Atirah, Nur Atikah dan Mohd Shafik - bukan setakat anak saudara kepada Kak Mek dan keluarganya tetapi juga sebenarnya adalah anak-anak saudara kita seugama.

Begitu hebatnya kalimah Syahadah menyatukan kita-kita.

Justeru, 5 beradik yatim piatu ini tidak seharusnya dipandang sebagai tanggungjawab Kak Mek dan saudara-saudaranya semata-mata, tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab kita semua bersama.

Moga sedikit kisah anak-anak yatim piatu ini mampu menjadi tazkirah ringkas buat kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sesiapa yang ingin bertanya khabar tentang anak-anak ini, bolehlah hubungi pemegang Amanah mereka, En Azmi (bapa saudara) di no telepon: 013-4886952. Rumah arwah ayah mereka beralamat di Kg Paya Ketiau, Padang Serai, Kedah - masuk melalui Tmn Damai ikut lorong Damai 4/1 ambik kiri.



Sekian moga ada manafaatnya.

moniermatdin@ yahoo.com

31.8.09

Tuesday, January 1, 2008

NRZM ENTERPRISE

ASSALAMUALAIKUM

NRZM ENTERPRISE ADO MENYEDIAKAN KHIDMAT SEPORTI BEGIKUT:

1. KHIDMAT BAS PELANCONG DAN BAS SEKOLAH. (KALAU ADO YG BEMINAT NAK POIE MELANCONG)SERTA MENYEDIAKAN KHIDMAT MELANCONG DALAM NEGORI.

2. PEMASANGAN DAN JUALAN ALAT PENGHAWA DINGIN PEJABAT DAN GUMAH.

3. MEMBEKAL ALATAN PERABOT GUMAH DAN PEJABAT (TOMPAHAN BOLEH DIBUAT)








4. KHIDMAT AM. GRILL,AWNING,RENOVATION,PLUMBING, LANDSKAP,CAT GUMAH/PEJABAT,PENDAWAIAN ELEKTRIK DAN MENURAP JALAN.

5. SEWO KHEMAH DAN PA SISTEM.

6. KHIDMAT KATERING UNTUK PEJABAT,KAWIN,MAJLIS JAMUAN DAN SEBAGAINYO.

KHIDMAT SOBUTHARGO DIBERI PECUMO.


KEPADO YANG BEMINAT SILO HUBUNGI:

http://us.f602.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=nrzm_6865@yahoo.com

TEL: 012-6439695 / 019-6979295

POST MORTEM PERJUMPAAN 081207

‘POST MORTEM’ MAJLIS PERJUMPAAN WARIS KELUARGA HJ MOHAMMAD NOOR B ABDULLAH PADA 08/12/2007 DIDEWAN PULAPOL, JLN SEMARAK, KUALA LUMPUR

“Post Mortem” ini dibuat supaya waris keluarga rembaupilah dapat menganalisa sendiri kebaikan dan keberkesanan majlis tersebut. Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa majlis disamping maklumat yang diterima dari waris keluarga semua.

1. Waris Keluarga Mula Mengenal Erti Saudara

Sebelum majlis diadakan, ramai saudara-mara waris keluarga tidak mengenal waris keluarga satu rumpun cucu cicit Allahyarham Hj Mohammad Noor b Abdullah. Mereka cuma dengar daripada waris tua seperti berikut:-

“Ekau ado ramai sodaro ekau diPilah” (maklumat dpd waris Rembau) dan begitu juga “Ekau ado ramai sodaro ekau diRembau” (maklumat dpd waris Pilah). Penghujungnya ‘noptah’/full stop. Tiada inisiatif oleh kedua pihak waris muda untuk mengenal atau mencari diantara satu sama lain. Melalui majlis perjumpaan inilah baru mereka mengenal sedikit mereka memiliki ramai sadoro-maro. Maksud sedikit disini ialah mengenal secara jauh dan nampak rupa masing-masing. Tetapi ramai semasa majlis tersebut masih segan silu untuk mengenal diri keluarga masing-masing secara dekat. Sebenarnya sesi sebelah petang adalah program mengenal secara dekat. Tetapi tidak dapat diteruskan kerana ramai yang telah beransur balik kerana letih.

Yang paling sedihnya ialah mereka satu rumpun pilah sama pilah atau rembau sama rembau pun tidak mengenal diantara satu sama lain sehingga hari majlis tersebut. Saya yang pakai tanda nama (name tag) warna hijau (Rembau) melalui nama moyang Jelimah telah berjumpa yang pakai name tag yang sama mulo tercogang diantara satu samo lain dengan pertanyaan kau/you ni sapa, macamana hubungan ? Tetapi pernah berjumpa semaso khenduri kahwin atau majlis seminar yang dianjurkan oleh badan lain.

APA KAH SILAP DAN SALAHNYA BERLAKU DEMIKIAN. PERLUKAH KITA
BERJUMPA SEKALI SAHAJA ATAU DIANJURKAN SETIAP TAHUN MELALUI HARI
KELUARGA ?

2. PERISTIWA SEBAK DAN MEMILUKAN HATI

Pn Zaleha bt Sharip (waris Rembau) lahir dan berasal daripada Jitra, Kedah. Semasa saya dan
isteri saya diperkenalkan oleh Tok Ngah Nordin Hj Daud (cucu Hj Mohd Noor) (waris Rembau) 4 tahun dahulu, Mak Cik Zaleha (pangkat mak saudara bagi saya) dan kakaknya Pn Zainab bt Sharip (Mak Lung Zainab bagi saya) telah menyatakan demikian:-

“Setahu saya (loghat Kedah), saya ta’ da keluarga lain selain daripada Mak Lung Esah (uwan Esah Tampin), ayah saya Sharip dan Pak Ngah saya Nordin diJitra. Mana ada keluarga lain kerana ayah saya (Tok Sharip bagi saya) tidak pernah menceritakan dan selama lebih kurang 40 tahun saya hidup itulah saudara adik beradek saya sebelah ayah yang saya tahu. Saya merasa sebak apabila mak cik berkata demikian dan saya kata ada. Walau pun saya tunjukkan pelan salsilah lama, mak cik leha masih tidak percaya walau pun disahkan oleh Tok Ngah Nordin.

Satu minggu sebelum majlis saya telah menghubungi adik-adiknya Mohd Noh b Sharip
(Trengganu) dan Rashid b Sharip (Melaka). Mereka mohon maaf tidak dapat hadir kerana urusan kerja dan kedua mereka bertanya kepada saya “saya masih tidak percaya hubungan adik beradik ni dan salahsilah hubungkaitnya” Saya jawab sila hadir dihari majlis. Mohd Noh mohon maaf tidak dapat hadir tetapi telah membayar RM50.00 sebagai sumbangannya.

Berdasarkan kepada peristiwa tersebut telah menguatkan azam kami AJK untuk meneruskan
Majlis walau pun terdapat kekurangan kewangan.

Satu minggu sebelum majlis saya dan isteri saya Ashah (Bendahari) telah bergegas kerumah Tok Ngah Nordin diJitra dan mengajak Tok Ngah kerumah mak cik leha yang tidak jauh daripada rumah tok ngah. Tujuan kami ialah memujuk mak cik zaleha sekeluarga untuk hadir kemajlis.

Alhamdullillah setelah memujuknya, mak cik leha bersetuju hadir bersama suaminya Pak cik Mat Kasa dengan syarat Tok Ngah Nordin bersetuju pergi bersama naik bas ekspres keKL satu hari sebelum majlis dan membayar melalui Public Bank. Kedudukan mak cik leha dan suami pak mat bekerja kampong dan berpendapatan sederhana. (Ambil iktibar semua waris keluarga, mak cik leha dan suami yang berpendapatan sederhana boleh hadir dan memenuhi syarat membayar melalui bank sebelum tarikh 30/11/2007 dan walau pun jauh diUtara sanggup hadir dengan
menaiki bas kerana tidak memiliki kenderaan). Tok Ngah Nordin juga membayar melalui bank
dan membayar sebelum 30/11/2007 dan datang dengan bas walau pun anak cucu memiliki
kenderaan.

Mereka semua sampai pada 07/12/07 dan pada malamnya lebih kurang jam 1.00 pagi mereka terus kedewan Pengaman untuk melihat persiapan berjumpa dengan AJK Nong Razif , Zali dan Dr Zahar yang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir. Kepada mereka semua saya ucapkan tahniah dan syabas.

Padi pagi majlis, saya telah mengenalkan bonda saya Che Yah kepad mak cik leha dan mereka
bersalam berpelukan serta seterusnya saya telah mengenalkan saudara mara lain. Mak cik leha
tidak dapat menahan sebak sepanjang majlis dan barulah dia tahu yang dia memiliki ramai
sauadara mara sepupu dan amat bergembira dan seronok tetapi tidak puas kerana masa satu hari pendek sangat.

Sebenarnya ramai lagi maklumat yang saya terima yang bersetuasi demikian daripada waris
Rembaupilah.

3. INSIDEN DIMASA MAJLIS

Pada sebelah petang, satu insiden lagi berlaku pada diri saya. Seorang keluarga bernama Harun
telah berjumpa saya diparking kereta dan mengucapkan terima kasih kerana hendak beredar balik. Setelah En Harun beredar sebelum menaiki kenderaan Pak Tih Satar telah menahan En Harun dan memanggil saya sekali. ‘Din kau kona tak tu sapo”? ese cakap tak kona. Hah inilah dia anak tok Sharip Hj Daud (Jitra) dengan isterinya pertama diSimpang Kuala,Kedah. Saya mengucap “Astagafirrullah al-azim, alhamdullillah” dan saya terus memeluknya (Harun) dan memohon maaf dan memanggilnya Pak Harun kerana ikut pangkat adalah Pak saudara. (Tok Sharip Hj Daud memiliki tiga (3) isteri, Isteri 1- Simpang Kuala –anak-anaknya 1.Kalsum 2.Harun. Isteri 2 – Langkawi- anak-anaknya 1.Zainab termasuk mak cik Zaleha (sila rujuk salasilah program majlis) dan Isteri 3- Pahang- anak-anaknya belum dapat dikesan tetapi boleh dikesan memalui mak cik leha dan maklung Zainab (Jitra).

Setelah itu Pak Harun mengenalkan kakaknya Kalsum yang pakai tongkat besi kerana sakit. Saya salam dan mencium tangan Mak Lung Sum (pangkat mak saudara). Saya bertanya Mak Lung dan Pak Harun bila sampai. Mereka kata kelmarin dan duduk dirumah anaknya (yang berjubah tabliq-nama tak ingat). Mak lung memberitahu “saya ini sakit, uzur dan tak larat tetapi kerana nak mengenal adik beradik terpaksa menguatkan diri datang jugak…walau pun jemputan khenduri lain banyak saya ‘kansel’ , maklumlah cuti sekolah…”(loghat Kedah).

Saya mula merasa sebak dan menitiskan air mata setelah melihat keadaan mak lung Kalsum yang uzur dan sanggup datang dari jauh. (Ambil iktibar, bagi waris keluarga yang sihat dan berkemampuan diKL serta tidak dapat hadir). Bila saya mengenalkan rumah saya diSungai Petani, Mak Lung Kalsum pula menitiskan air mata kerana tidak tahu anak saudaranya (S/Usaha majlis) satu tempat diKedah tetapi tidak tahu.

4. INSIDEN DIMASA PENDAFTARAN

Menurut Bendahari majlis, terdapat sekumpulan keluarga lebih kurang lapan (8) orang anak beranak sekeluarga telah berjumpa Bendahari dan menyatakan demikian “Saya ini ada ramai keluarga (menunjukkan anak-anaknya), saya ini kurang berkemampuan tetapi hendak juga
hadir majlis kerana hendak mengenal saudara mara. Saya hanya mampu RM20.00 sahaja.” Bendahari menjawab “tak mengapa masuklah yang penting komitmen saudara untuk hadir”.
Apabila masuk kadewan, nampak anak-anaknya yang kecil melompat kegirangan kerana ada yang mereka kenal. Bendahari merasa sebak kerana majlis ini suasananya lain sedikit dan tidak disamakan seperti majlis khenduri.

5 INSIDEN BERSAMA AJK

Seorang ahli AJK (Rembau) (tidak perlu sebut nama) telah kelam kabut berjumpa saya dengan
Zali dan dengan nada marah “Apo ni, pinggan tak cukup dan nasi tak cukup”. Zali memanggil dia ketepi dan berbisik ketelinganya demikian “ kau ni AJK kan. Tolong jangan salahkan ‘caterer’
atau AJK atas benda yang tak cukup tersebut. Salahnya ramai kalangan keluarga tidak mahu
mengikut syarat untuk bayar penyertaan sebelum 30/11/2007 untuk mendapatkan ‘headcount’ untuk tempahan makanan dll. Ramai waris yang hendak bayar masa hari majlis macam nak beli tikit wayang atau fun fair. AJK pun dah maklum melalui surat pekeliling terakhir perkara demikian akan berlaku dan kita telah mohon maaf dahulu kalau makanan tak cukup dan kita masih menerima mereka hadir.”

Saya meredakan kedua AJK jangan bising-bising. Menurut anggaran AJK ialah 400 pax akan
hadir. Apabila masa pendaftaran dijangka ditutup pada jam 10.00 pagi telah terlajak hingga jam
1.00 petang, Bendahari telah berbincang dengan Pengerusi dan Bendahari mohon kebenaran untuk menambah bajet makan lagi 50 pax. Tetapi berlaku perkara diluar jangkaan, sambutan yang hadir melebihi 600 pax dan ada yang tak berbayar dan hendak bayar pula meja pendaftaran telah ditutup. Sebab-sebab di-tutup ialah pegawai-pegawai pendaftaran kita (anak-anak Abu Shuib Ayob-Pilah dan anak-anak Kamaruddin- Rembau tidak dapat makan tengahari). Kami terpaksa suruh anak-anak tahan perut minum teh/kopi petang dan membawa mereka makan diuar selepas majlis.

Bagi AJK ramai yang tidak dapat makan tidak ada komplain kerana mereka semua seronok majlis perjumpaan berjaya dianjurkan.

5. INSIDEN SELEPAS MAJLIS

Selepas majlis, berlokasi diparking lot kereta, saya telah didatangi ramai waris-waris muda rembaupilah dan bertanyakan berikut “Bang kami tak puaslah jumpa adik beradik, kalau boleh kita buatlah dua hari satu malam dihotel”. Saya menjawab secara berlawak “ Nak bayar RM25 pun ramai yang tergeliat macam mana nak buat dihotel” mereka menjawab “No problem bang, kita rancanglah 10 atau 11 bulan dari sekarang dan kalau satu kepala RM150 dibahagi 11 bulan setiap bulan kami akan simpan RM14, no problem bang.” Saya menjawab “OK nanti kita bawa mesyuarat AJK dan kalau boleh tolong dapatkan quotation kos majlis dihotel tersebut”. Mereka menjawab “no sweat and no problem”. Mereka mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dan bertengkus lumus menganjurkan majlis.

Setelah beredar saya terfikir dalam hati. Mereka waris muda ini telah menunjukkan minat untuk mengenal saudara mara mereka dengan lebih dekat. Sekiranya dibiarkan akan terjadilah apa yang telah terjadi sekarang. Saya telah minta pendapat AJK dan waris untuk mengadakan dua hari satu malam dihotel yang mana kosnya akan lebih tinggi. Tetapi semua memberi komen yang positif kepada cadangan tersebut.

Mereka juga sepakat untuk menggunakan laman web rumpun rembaupilah Dr Zahar untuk perhubungan dan komen.

Nampak gayonya AJK tak boleh rehatlah ni.

SEKIAN, WASSALAM.


Kamaruddin Mohamad
Setiausaha Majlis Keluarga.

Monday, December 31, 2007

MAJLIS HARI KLGA 2

ASSALAMUALAIKUM

DISERTAKAN BEBEGAPO GAMBA UNTUK PENILAIAN KALAU NAK BUEK MAJLIS HARI KLGA 2 H 1 M BERTOMPEK DI AGROTEK RESORT HULU LANGAT.

ANGGARAN PERBELANJAAN UNTUK 1 ORG DEWASA DAN KANAK 9 THN KEATAS TAPI TAK PASTI TONGAH TUNGGU SOBUTHARGO.

DEWASA RM120.00
KANAK2 RM 80.00
TERMASUK PENGINAPAN, MAKAN, SUKAN DAN LAIN2
KEMUDAHAN YANG DISEDIOKAN SURAU, DEWAN TERBUKA DAN A-COND, KOLAM MEMANCING, JUNGGLE TRACKING DLL.

NONG RADZIF BIN HAJI MUHAMMAD







KULIAH KEKELUARGAAN

Cumo untuk cadangan ajo jiko ado yang beminat buleh kito toruskan. Dan kito jadikan sumber pendapatan untuk tabung keluarga Tn Hj.Mohammad Noor. Tontang ustaz ese buleh aturkan. Silo panjangkan pado sanak sedaro yang lain. Kalau ado komen silo hantar kek nrzm_6865@yahoo.com / nong@ingresscorp.com.my .


KULIAH KEKELUARGAAN
-----------------------------

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang -orang yang diberikan ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat". (Al Mujadalah: 11)

Orang yang beriman melaksanakan setiap perkara berdasarkan ilmu tanpa mengikut secara membuta-tuli. Justeru, kita digalakkan untuk menuntut ilmu selagi diberikan peluang dan selagi ilmu yang dituntut dapat memelihara kita di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan Kuliah Kekeluargaan ini dapat menjadi medan bagi memperkayakan ilmu kita dan cara mendidik anak-anak mengikut perspektif dan lunas-lunas Islam sebenar.

OBJEKTIF

 Menyampaikan ilmu pengetahuan berhubung dengan ilmu asas Islam
 Memupuk semangat cintakan ilmu di kalangan masyarakat dan keluarga.
 Membina ukhuwah Islamiyyah di kalangan Ibu/bapa,suami/isteri,anak-anak dan masyarakat amnya.

SKOP PROGRAM

 Kuliah / Pembentangan
 Perbincangan
 Soal-jawab

SASARAN PESERTA
Semua golongan masyarakat yang cintakan Ilmu

YURAN PENGAJIAN
Yuran Pendaftaran :
RM 45.00 Suami/Isteri
RM 15.00 Bujang
RM 10.00 Anak Yang berumur 13 Thn – 18 Thn

Setiap peserta akan diberikan kit program yang mengandungi tag nama, pen dan kertas kuliah. Sijil Penyertaan akan diberikan kepada peserta selepas tamat Kuliah Kekeluargaan.


TENTATIF PROGRAM

8.00 PAGI
PENDAFTARAN / SARAPAN PAGI

8.30 PAGI

SESI 1
PENGABADIAN KEPADA ALLAH
OLEH: YBHG USTAZ HASSAN AT-TANTAWI

10.30 PAGI

REHAT

10.45 PAGI

SESI 2
MENDIDIK AKHLAK ANAK MENURUT ISLAM
OLEH: YBHG USTAZ DATO’ DR HARON DIN

12.30 T.HARI

MAKAN TENGAHARI

1.15 TENGAHARI

SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

2.30 PETANG

SESI 3
KEHIDUPAN MENGIKUT LANDASAN ISLAM
OLEH: YBHG USTAZ DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

4.00 PETANG

REHAT / SOLAT ASAR BERJEMAAH

4.45 PETANG

PENYAMPAIAN SIJIL DAN BERSURAI



SEKRETRIAT

KEPADA YANG BERMINAT:

SILA DAFTAR DENGAN MENGHUBUNGI SEBELUM
SEPERTI NO TELEFON YANG TERTERA DIBAWAH INI.


NONG RADZIF BIN HAJI MUHAMMAD
012-6439695 / 019-6979295
nrzm_6865@yahoo.com


PEJABAT SEKRETRIAT:


SELANGOR

1-10 TINGKAT 1, BLOK B,
JALAN SERI MEWAH 3,
TAMAN SERI MEWAH.
43000 KAJANG.
SELANGOR DE.

NEGERI SEMBILAN



SEGALA PEMBAYARAN BOLEH DIMASUKAN KEDALAM AKAUN
12-029-02-026598-5

BANK ISLAM (M) BERHAD
CAWANGAN BANDAR BARU BANGI.
SEBELUM 28HB FEB 2007
ATAS NAMA
NONG RADZIF B HJ MUHAMMAD
BUTIR PENDAFTARAN
-------------------------
NAMA, NO.KP, ALAMAT TERKINI, E-MAIL, PEKERJAAN /SEKOLAH, UMUR, BAYARAN